Tidak salah sekiranya kita berubah sebab manusia.

"Kalau hendak berubah, berubahlah bukan kerana manusia tetapi berubah kerana Allah.Kalau berubah kerana manusia, takut satu hari nanti, kita kalah.Kalau berubah kerana Allah, Insya Allah bleh menang."

Kesimpulan dari ayat di atas :

Ada je orang yang kita nampak berubah sebab manusia bukan sebab Allah. TAPI, pernah tak kita terfikir sekiranya Allah hantar manusia itu untuk membantu seseorang itu berubah? Memang ada orang yang berubah sebab manusia dan akhirnya kembali ke jalan hitam seperti sebelum itu kerana hubungannya dengan manusia itu berakhir.

Apa gunanya akal fikiran? Akal adalah untuk kita membezakan yang baik dan yang buruk. Sekiranya kita dapati sesorang itu berubah disebabkan manusia, kita sepatutnya buka mata dan bersyukur dengan perubahan itu. Itulah dinamakan hidayah. Hidayah Allah ini ada bermacam- macam.

Manusia ini memang susah hendak tengok perubahan orang lain. Pelik, tapi benar. Lagi- lagi kaum Melayu kita. Aku tak suka hendak bercerita buruk pasal kaum sendiri, tapi itu adalah hakikatnya.Sekiranya kita hendak jadi kaum yang berjaya di negara sendiri atau di dunia, kita kenalah buang dan kikis jauh-jauh sifat- sifat keji yang tuhan tak suka,

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Cermin- cerminlah diri itu sebelum hendak memberi nasihat.

You Might Also Like

0 comments